Oh! Labuan

Posted: Thursday, October 13, 2011 by Farhan in Labels:
0

Labuan Express 2
Nostalgia dowh tengok feri KK-Labuan ni! Terkenangkan zaman masa belajar di Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Uih! Memang banyak kenangan pahit manis semasa kat sana. Kat Labuan la mula main ragbi. Sampai bila-bila takkan lupa la memori di sana!

Gambar ni di-snap di jeti terminal feri KK sewaktu menghantar adik pulang ke ILP Labuan Ahad lalu. Dia balik cuti hujung minggu. Disebabakan rindu punya pasal, sanggup tunngu sampai feri bertolak. Hahaha. Entah bila la dapat ke Labuan lagi.

Lepas dari terminal feri, dah motor park elok-elok kat sana, jalan kaki la ke Suria Sabah. Jakun! Belum pernah masuk XD

Hampir setiap tingkat la pergi. Aha! Sana ada Fitness Concept dan Sportmart! Nanti tau dah la mana pot nak beli barangan sukan, senaman. Uiseh!

Lutut dah nak tercabut lepas pusing Suria Sabah. Terus cau balik.

Kembali berjoging. Hoyeah!

Posted: Saturday, October 8, 2011 by Farhan in Labels:
0

Fuuh! Setelah bertahun-tahun tinggal kat taman perumahan ni, pagi ni, pertama kali joging keliling padang belakang rumah ni. Joging sekali dengan adik-adik. Dua orang lagi jiran yang beriya-iya nak join semalam tak nampak batang hidung. Masih membuta barangkali. Cet! Pedulikan diorang. Gerak dari rumah jam 6am. Awal-awal pagi la baru nyaman.

Walaupun banyak anjing di sepanjang laluan, nak 'get back in shape' punya pasal, sanggup ku redahi jua. Uiseh. Tapi serius la, byk anjing taman perumahan ni. Beranak-pinak =_=''

Tapi kira okay juga la, bila anjing kejar, kita sprint, pastu bila anjing tu stop kejar, kita lari slow balik. Kira macam lari interval la; Sambil elak kena kejar anjing, sambil training. Hahaha

Yang sebenarnya, ni la pertama kali start balik joging/berlari setelah teramat la lama! (serius!) Syukur la kaki masih lagi mampu. Lepas ni kena lari at least seminggu sekali. Kalau dapat buat Sabtu & Ahad lagi bagus. Tengok la nanti camna. Kalau tiada aral yang melintang.

Running shoe Adidas lama yg baru digam tapak (yg dah haus amat) yg bikin semangat nak joging tu XD

p/s: sambil joging, sambil ajar adik cara berlari yg betul. betul la sangat :P

Syok ni lari atas pasir pantai. Baru la fit!